Kedai Belon di Kuala Lumpur: Belon Helium, Bouquet & Deco Party
PartyPerfect ialah kedai belon di Taman Desa, Kuala Lumpur, lima minit dari Mid Valley. Sejak 2017 kami menyediakan belon helium, bouquet belon dan deco party untuk birthday, graduation, majlis pejabat dan surprise. Order online dan kami hantar pada hari yang sama ke seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, atau ambil sendiri di kedai kami.
- Alamat kedai: 20, Lorong Jugra, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
- Waktu operasi: setiap hari, 9 pagi hingga 6 petang.
- Hantar hari yang sama: order dan bayar sebelum 4 petang.
- WhatsApp: +60 11-5621 8959, dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin.
Belon paling laris di kedai kami
Lebih 400 pilihan belon ada di kedai online kami. Ini 20 yang paling kerap dipilih pelanggan. Tekan mana-mana belon untuk memilih warna dan menambah nama atau ucapan.
Nak lebih banyak pilihan? Lihat semua belon
Apa yang ada di kedai belon kami
- Bouquet belon helium untuk birthday, anniversary dan surprise, dengan warna dan nama pilihan anda.
- Belon nombor dalam pelbagai warna, untuk umur yang diraikan.
- Belon foil berbentuk hati, bintang, haiwan dan watak kartun, serta belon latex satu-satu.
- Belon bubble lutsinar dengan nama atau ucapan sendiri.
- Pakej deco dan balloon stand, garland dan arch untuk majlis di rumah, hotel atau pejabat.
- Cetak logo pada belon untuk syarikat dan majlis perasmian.
- Juga bunga, kek dan hadiah dengan nama, dihantar bersama belon anda.
Semua belon helium kami diisi dengan 100% gas helium tulen, bukan hidrogen, dan dirawat dengan Hi-Float tanpa caj tambahan. Kami hanya menggunakan belon premium daripada jenama seperti Sempertex, Anagram dan Betallic.
Ambil sendiri di kedai
Pilih bouquet atau belon anda secara online, pilih “Self-Pickup” di checkout, kemudian pilih tarikh dan masa. Belon disiapkan khas untuk order anda, jadi ia sudah menunggu apabila anda sampai. Ambil sendiri bermula dari 10 pagi. Cari kami di Waze atau Google Maps.
Penghantaran ke rumah, pejabat atau hotel
Order sebelum 4 petang untuk penghantaran pada hari yang sama, biasanya dalam masa 3 jam. Anda juga boleh tempah sehingga 60 hari lebih awal dan pilih slot masa 3 jam. Caj penghantaran dikira mengikut jarak dari kedai kami dan dipaparkan di checkout. Lihat kawasan penghantaran kami: Kuala Lumpur, Petaling Jaya & Subang Jaya, dan Selangor & Putrajaya.
Soalan lazim tentang kedai belon kami
Di mana kedai belon PartyPerfect?
Di 20, Lorong Jugra, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, berhampiran Jalan Klang Lama dan lima minit dari Mid Valley.
Kedai buka pukul berapa?
Setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang. Order online boleh dibuat pada bila-bila masa.
Boleh hantar belon pada hari yang sama?
Boleh. Order dan bayar sebelum 4 petang, dan kami hantar pada hari yang sama, termasuk belon dengan nama atau ucapan sendiri.
Boleh isi gas helium untuk belon saya sendiri?
Boleh. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk harga. Kami juga menjual tong gas helium pakai buang jika anda mahu mengisi belon sendiri di rumah.
Bagaimana cara bayar?
Secara online dengan FPX, kad debit atau kredit, Apple Pay, Touch ’n Go eWallet, GrabPay, Boost, ShopeePay atau Atome.
Ada soalan lain? Lihat semua soalan lazim kami (dalam Bahasa Inggeris).









